1. Saya baru nak belajar khat, boleh cadangkan pen khat yang sesuai?
Jawapan : boleh ambil KHATBOX A, B atau C
2. Dakwat/ qalam apa yang terbaik?
Jawapan : soalan ini subjektif. Dakwat atau qalam terbaik bergantung kepada penggunaan dan citarasa penulis khat itu sendiri. SAYA TIDAK MENJUAL QALAM /DAKWAT AJAIB.
3. Bagaimanakah cara untuk menjaga qalam supaya tahan lama?
Jawapan:
a. Elakkan qalam daripada terjatuh.
b. Lap mata qalam dengan tisu /tisu basah selepas selesai menulis.
c. Asah mata qalam jika telah haus/tumpul.
d. Bagi mata qalam yang berbelah seperti tumar, lalukan belahan dengan keetas nipis bagi mengelakkan dakwat menyumbat belahan tersebut.
e. Elakkan merendam mata qalam di dalam air.
f. Kikis dakwat yang melekat pada mata kalam sebelum menulis.
4. Saya baru nak belajar menulis khat. Apakah khat yang paling senang untuk dipelajari?
Jawapan : mungkin boleh mulakan dengan khat riqah. Namun setiap khat ada tahap kesukaran tersendiri.
5. Perlukan meletakkan Retarder ke dalam dakwat Aerocolor? Berapa titis? Bolehkah retarder digunakan untuk dakwat selain aerocolor?
Jawapan : Tidak semestinya. Setiap dakwat Aerocolor mempunyai sifat yang berbeza. Ada yang pekat dan ada yang cair. Penggunaan retarder sebagai pencair dakwat jika perlu sahaja. Letakkan titis demi titis, cuba tulis untuk menguji kesesuaian penggunaan. Tidak disarankan untuk menggunakan retarder untuk dakwat selain Aerocolor.
6. Saya tulis guna dakwat hitam Daiso/ kaimei. Tapi seperti susah untuk tulis.
Jawapan : campurkan sedikit air mengikut kesesuaian.
7. Apakah maksud dakwat tidak kalis air (waterproof) dan sebaliknya?
Jawapan: tidak kalis air bermaksud tidak larut apabila tulisan terkena air/ tulisan tidak kembang
8. Adakah dakwat kalis air adalah dakwat terbaik?
Jawapan: kualiti dakwat tidak dipengaruhi oleh kalis air ataupun tidak.
9. Saya baru nak belajar khat, buku rujukan khat apakah yang terbaik?
Soalan ini pun suatu yang subjektif. Tidak ada satu buku yang lengkap untuk semua khat. Semua buku kaedah yang ada adalah untuk yang ingin belajar menulis khat. Namun ada beberapa buku dicadangkan:
Pelbagai khat dalam satu buku: QAWAID KHATTUL ARABI (TULISAN HASYIM ALBAGHDADI)
khat thuluth- nasakh : AMSYAQ SYAUQI / MEHMED SEVKİ EFENDİ'NIN SÜLÜS - NESIH MEŞK MURAKKAI
Diwani/riqah : HUTUT OSMANIYE
diwani jali : AMSYAQ WA HUTUT MUSTAFA HALIM (BUKU HIJAU) / HALIM EFENDI'NIN MESK MECMUASI (BUKU HITAM)
Farisi/Taa'liq : HULUSI EFENDI'NIN MESK MURAKKAI
*Ini hanya pendapat admin. Kebanyakan cadangan di atas adalah aliran Turki. Namun buku-buku lain tetap ada kelebihan tersendiri.
10. Berapakah kos pos?
Kos pos hanya akan diketahui setelah anda menulis semua order yang ingin dibeli dalam Whatsapp.
Kos pos dikira sekali sahaja untuk sekali pengeposan dengan mengambil kira berat dan saiz barang. Permulaan harga pos ialah RM9 dan ke atas.
No comments:
Post a Comment